Suspek bunuh pencuri pisang dihadapkan ke mahkamah

Astro Awani
Disember 12, 2018 05:05 MYT
Ismail (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki di Kampung Tebakang, Marang pada 3 Disember lalu. --fotoBERNAMA
Seorang pemilik kebun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki.
Tertuduh, Ismail Mohd Don, 38 tahun, mengangguk tanda faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Salahuddin Ismail, 46 tahun, di sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang antara pukul 3.15 hingga 3.45 petang pada 3 Disember lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 21 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Marang.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi.
BACA: Lelaki ditemui mati dengan pisang
BACA: 3 suspek bunuh pencuri pisang ditahan
Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tertiarap di belakang sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang.
Dalam kejadian itu, tertuduh mengesyaki mangsa mencuri hasil pisang di kebunnya.
#bunuh #gantung sampai mati #Kuala Berang #mahkamah #Mahkamah Majistret #mangsa #mati #pisang #suspek