Suspek bunuh bekas anggota polis di Meranti direman tujuh hari

Vivi Sumanti
Januari 26, 2018 12:48 MYT
Susupek bunuh bekas anggota polis di Kampung Apa Apa, Meranti, Pasir Mas direman tujuh hari di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI
Suspek yang memukul seorang bekas anggota polis hingga maut di reman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rosli Ahmad ke atas suspek berusia 38 tahun itu.
Suspek ditahan sejurus selepas kejadian dan ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam seorang bekas anggota polis berusia 68 tahun maut akibat dipukul mangsa dalam satu kejadian di Kampung Apa-Apa, Meranti, Pasir Mas.sekitar jam 2.30 petang.
Suspek dipercayai memukul mangsa selepas ditegur agar menghentikan perbuatan membaling objek ke rumah dan kenderaan miliknya.
TONTON: 'Teguran maut' pesara polis
#Apa Apa #bekas polis #bunuh #Kampung Apa-Apa #Kanun Keseksaan #Kota Bharu #Meranti #methamphetamine #Pasir Mas #pil kuda #positif dadah #raman
;