Suruhanjaya Tinggi Britain kibar bendera Ukraine tanda solidariti

Bernama
Februari 25, 2022 23:11 MYT
Kami #StandWithUkraine," menurut ciapan Twitter Suruhanjaya Tinggi, mempamerkan imej bendera -- UK, Ukraine, Jalur Gemilang, dan Wilayah Persekutuan. - Foto AP/Andrew Harnik
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur mengibarkan bendera Ukraine sebagai tanda solidariti terhadap krisis di Ukraine.
"Di Malaysia, kami mengibarkan bendera Ukraine sebagai tanda solidariti terhadap rakyatnya.
"United Kingdom (UK) bersama rakyat #Ukraine, ke arah menuntut #kebebasan dan #demokrasi. Kami #StandWithUkraine," menurut ciapan Twitter Suruhanjaya Tinggi, mempamerkan imej bendera -- UK, Ukraine, Jalur Gemilang, dan Wilayah Persekutuan.
Rusia pada Khamis melancarkan serangan peluru berpandu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyatnya dan mendapat kecaman meluas sekutu antarabangsa.

In Malaysia , we are flying the Ukrainian flag in solidarity with our Ukrainian friends. The UK stands with the people of #Ukraine in the face of Russia's unprovoked attack on #freedom and #democracy. We #StandWithUkraine @UKRinMAS @FCDOGovUK @UKAmb_Hay @DaveThomasFCDO pic.twitter.com/ycnIq5LIgW

— UK in Malaysia (@UKinMalaysia) February 25, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sejak itu, Ukraine mengisytiharkan darurat, dan tentera mengambil alih pemerintahan serta semua rakyatnya diminta meninggalkan Rusia.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Jumaat menandatangani dekri untuk pemindahan rakyatnya.
Setakat ini, 137 nyawa dilaporkan terkorban termasuk orang awam.
-- BERNAMA
#Ukraine #putin #Volodymyr Zelensky #Suruhanjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur
;