Suri rumah ditemui mati terlentang di bilik tidur

Astro Awani
November 6, 2015 11:32 MYT
Kampung Talak, Tumpat, wanita mati, suri rumah
Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan terlentang di Kampung Talak, Tumpat pada petang Khamis.
Mangsa dikenali sebagai Laila Ismail, 43 tahun.
Mayat mangsa ditemui kakaknya, Siti Nor Ismail, 47 tahun yang bimbang selepas dimaklumkan oleh jiran tidak melihat Laila sejak Ahad.
Menurut Siti Nor, pertemuan terakhirnya dengan Laila adalah pada 31 Oktober lalu.
Laila mengunjunginya bersama suami, Zaudi Zakaria untuk bertanya mengenai geran tanah milik mereka.
Jelas Siti Nor, Laila menghidap kencing manis selain pernah diserang angin ahmar.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Zaharuddin Rasip mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
#Kampung Talak #Suri Rumah #Tumpat #wanita mati
;