Suri rumah didakwa terbabit aktiviti militan

Astro Awani
Mei 23, 2014 17:46 MYT
Azizah berhadapan dua tuduhan memberi sokongan terhadap kegiatan pengganas melalui laman sosial Facebook, bulan lalu.
Seorang suri rumah berusia 54 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur petang tadi atas dua tuduhan memberi sokongan terhadap kegiatan pengganas melalui laman sosial Facebook, bulan lalu.
Azizah Md. Yusof berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripadanya setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan majistret Erry Shariman Nor Aripin.
Tertuduh ditahan oleh bahagian anti keganasan cawangan khas Bukit Aman pada 28 April lepas di Kuala Lumpur.
Tertuduh disiasat di bawah seksyen 130J (1)(b) Kanun keseksaan iaitu mencari atau memberi sokongan kepada kumpulan pengganas atau kepada berlakunya perbuatan pengganas.
Tertuduh adalah antara 11 suspek yang ditahan yang mempunyai kaitan dengan rancangan-rancangan untuk melancarkan serangan bom di Malaysia dan beberapa buah negara islam yang sekular.
Mereka turut disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas yang beroperasi di luar negara.
#keganasan #militan #polis #Suri Rumah
;