SEREMBAN: Seorang suri rumah membuat laporan polis terhadap seorang usahawan kosmetik yang dianggap mempergunakan kanak-kanak untuk mendapatkan perhatian.
Wanita berusia 45 tahun itu berkata, dia tidak mewakili mana-mana badan persatuan, sebaliknya terpanggil untuk membuat laporan polis atas rasa tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ahli masyarakat.
Katanya, perbuatan usahawan kosmetik itu sangat memalukan, lebih-lebih lagi apabila dia bersama seorang lagi rakannya, membuat dandanan seksual di hadapan kanak-kanak bawah umur.
"Sesi Instagram live yang mereka buat bersama kanak-kanak bawah umur itu sangat memalukan dan tindakan tegas perlu diambil segera sebagai pengajaran kepada orang lain.
"Saya sebagai seorang ibu rasa terkesan dengan perbuatan tersebut, malah berasa marah dan bimbang berlakunya keruntuhan moral terhadap kanak-kanak itu, keluarga dan masyarakat.
"Penggunaan kata-kata lucah dan berunsur seksual yang digunakan oleh mereka tidak sepatutnya berlaku dan perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Tambahnya, tindakan mereka membuat siaran secara langsung seolah-olah mempunyai niat jahat terhadap kanak-kanak tersebut dan masyarakat.
"Saya mengesa pihak berkuasa menyiasat video tersebut dan mengambil tindakan undang-undang bagi memberi pengajaran kepada semua pihak terlibat," katanya.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Seremban pada petang Khamis.
Pada Rabu lalu, usahawan terbabit mengadakan sesi Instagram live bersama dua kanak-kanak dengan beraksi tidak senonoh dan mengeluarkan kata-kata lucah berunsur seksual.
Perbuatan itu didakwa sebagai dandanan seksual.
Artikel asal di Sinar Harian: Suri rumah buat laporan polis terhadap usahawan kosmetik
Sinar Harian
Fri Jun 11 2021
Seorang sri rumah menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap usahawan kosmetik terkenal. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Dua pertuduhan seksual cacat, Safiey Ilias kemuka bantahan awal
Pihak pembelaan hari ini mengemukakan bantahan awal terhadap dua daripada empat pertuduhan seksual yang dihadapi usahawan kosmetik Safiey Ilias di Mahkamah Sesyen Ampang di sini.
Vida sedia bersaing secara sihat dapatkan Kelantan FC
Vida optimis mampu melakukan yang terbaik buat skuad The Red Warriors (TRW) kerana segala perancangan sudah berada dalam 'kepalanya'.
Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!
Aliff Syukri juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada yang membeli.
Madammu selamat melahirkan anak sulung
Madammu bagaimanapun masih belum mendedahkan nama, wajah dan jantina anaknya yang dipangil Baby A.
Aliff Syukri, isteri timang anak keenam
Luqman Al-Hakim nama pilihan untuk cahaya mata terbaharu pasangan itu.
Wak Doyok tegur penampilan lagu raya Aliff Syukri
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri sekali lagi mengundang rasa kurang senang netizen selepas memuat naik video teaser lagu raya terbaharunya.
Aliff Syukri tidak mengaku buat video sumbang
Aliff Syukri hadir di mahkamah membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.
Polis minta hentikan spekulasi berkaitan wanita diculik di Tumpat
Polis memohon kerjasama orang ramai supaya menghentikan berita berbentuk spekulasi mengenai kisah penculikan wanita di kampung Semat Jal Tumpat.
Komunikasi seksual: Kes Safiey Ilias dipindah ke Mahkamah Ampang, disebut semula 27 Okt
Safiey Ilias mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan mangsa menerusi aplikasi Instagramnya di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada 9 pagi 9 Jun 2021.
Buat drama lagi? Aliff Syukri akui ada masalah mental
Usahawan kosmetik kontroversi itu juga umum undur diri dari media sosial.