Suri rumah bantu anak-anak asnaf kerana memahami kepayahan hidup

Khairunnisa Kasnoon
Jun 25, 2016 23:33 MYT
Hanya mereka yang pernah tahu kepayahan dapat memahami kepayahan insan lain.
HANYA yang pernah mengalami nasib yang sama akan memahami bagaimana rasanya hidup serba kekurangan.
Jika perasaan dan pengalaman itu pernah dilalui dalam hidup, tentunya empunya diri sangat mengerti akan keadaan yang dialami anak-anak yatim dan golongan asnaf.
Bulan Ramadan kali ini tentunya istimewa buat seorang suri rumah, Nurul Huda Mohd Nadzir, yang berpeluang melakukan sesuatu untuk berkongsi nikmat kegembiraan dan kemeriahan sambutan Aidilfitri.
Semuanya bermula apabila anak sendiri telah menyerahkan kepadanya surat daripada pihak sekolah yang memohon sumbangan untuk anak-anak yatim dan asnaf sempena Syawal yang bakal tiba.
Kita ikuti video berikut ini untuk mengetahui apakah yang telah dilakukan oleh Nurul Huda.
#Aidilfitri #berbaktui #golongan asnaf #jendela ramadan
;