Surendran digantung dari Dewan Rakyat sekali lagi

T K Letchumy Tamboo
Jun 19, 2014 16:22 MYT
Surendran digantung dari Dewan Rakyat sekali lagi
Selepas baru keluar daripada tempoh penggantungan dari Dewan Rakyat, ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran digantung sekali lagi selama enam bulan, berkuatkuasa serta merta.
Beliau digantung selepas usul penggantungannya dibacakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.
Usul itu adalah berkaitan sidang media Surendran Isnin lalu yang mendakwa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyekat suara pembangkang di Parlimen apabila menolak usul yang dibawa beliau pada 16 Jun.
Usul berkenaan yang diluluskan tanpa dibahas itu menerima tentangan hebat oleh ahli Parlimen pembangkang.
Ahli Parlimen pembangkang termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melaungkan istilah 'rubber stamp' kerana tidak dapat membahaskan usul itu.
#Dewan Rakyat #N. Surendran
;