Surat tunjuk sebab langkah akhir PKR selesai isu MB Selangor - RPK

Astro Awani
Ogos 5, 2014 10:18 MYT
Surat tunjuk sebab langkah akhir PKR isu selesai MB Selangor - Gambar fail
Surat tunjuk sebab yang dihantar PKR kepada Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa dilihat langkah terakhir menyingkir MB itu sebelum mesyuarat penting PAS pada 10 Ogos ini.
Memetik tulisan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin seandainya surat yang perlu dibalas sebelum atau pada Jumaat ini tidak mendapat sebarang respon, ia bakal menjadi faktor kukuh untuk meminta Abdul Khalid melepaskan jawatan itu dengan alasan MB itu sudah tidak lagi mempunyai parti.
Ia sekali gus menjadikan Abdul Khalid seorang MB yang tidak mewakili sebarang parti dan sebab utama PKR menuntut jawatan itu 'ditarik balik' daripada Abdul Khalid.
Dalam pada itu, ia dilihat serangan kepada PAS yang akan dimaklumkan pemecatan Abdul Khalid sebelum mereka bermesyuarat.
Jadi, PAS tidak lagi mempunyai sebarang suara untuk mempertahankan Abdul Khalid sebagai MB.
Apa yang kita tahu mengenai krisis ini?
1. Jawatan Abdul Khalid sebagai MB akan diganti.
2. Cadangan menggantikan Abdul Khalid diilhamkan kira-kira tiga bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Mei tahun lalu dan dilancarkan melalui 'Langkah Kajang' yang dilaksanakan PKR Januari lalu.
3. Abdul Khalid akan digantikan kerena kesalahan salah urus kuasa serta rasuah selatin tidak menunjukkan semangat bekerjasama dalam pentadbiran.
4. PKR akan mendedahkan 40 muka surat salah laku Abdul Khalid.
5. Abdul Khalid perlu meletakkan jawatan, jika tidak parti akan memecatnya.
6. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
7. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi penasihat Wan Azizah.
8. Jika Anwar boleh menjadi penasihat untuk negara Qatar, mengapa tidak untuk Wan Azizah.
9. Wan Azizah tidak kisah menjadi 'boneka' Anwar.
10. Jika Wan Azizah tidak boleh diterima PAS maka ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad boleh ditawarkan sebagai alternatif.
Ia tidak termasuk termasuk beberapa pengumuman yang membanjiri media arus perdana dan alternatif sejak akhir-akhir ini.
Bagaimanapun ada sesuatu yang tidak benar terhadap setiap pengumuman sebelum ini iaitu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai semua rancangan ini dan kuasa pertukaran MB hanya tertakluk kepada kuasa Sultan Selangor.
Sultan Selangor juga dilihat mempunyai kata putus terhadap sebarang cadangan nama MB termasuk Wan Azizah yang tidak mempunyai sebarang alternatif calon selainnya.
Ia tidak termasuk pelbagai pelbagai lagi pengumuman rasmi dan tidak rasmi daripada pelbagai sudut termasuk pendapat orang ramai.
Jelasnya, istana kini dilihat sudah meminta nasihat daripada peguam dan pakar undang-undang cara menangani isu ini. Ia sekali gus bakal merujuk kepada Perlembagaan Negeri Selangor. Istana juga difahamkan sudah bersedia untuk menghadapi krisis Perlembagaan seperti yang berlaku di Kelantan pada tahun 1978 dan Perak pada tahun 2009.
#Anwar #DAP #Istana #Khalid #MPN #PAS #PKR #Wan Azizah