Surat terbuka MTEM untuk Presiden Obama

Astro Awani
April 25, 2014 10:27 MYT
Nizam Manshar
Ke hadapan Tuan Presiden,
Pertama sekali, kami ingin mengalu-alukan kedatangan anda ke negara kami sebagai Presiden Amerika Syarikat yang menjejakkan kaki ke sini semenjak kunjungan Lyndon B Johnson pada tahun 1966.
Malaysia yang ketika itu sebagai negara yang amnya tertumpu kepada pertanian, kini sedang berada di ambang menjadi sebuah negara maju dan mula beralih arah sebagai hab pembuatan.
Sejajar itu, kami ingin menyuarakan suara kebimbangan kami mengenai perkara yang diketengahkan sebagai salah satu tujuan utama lawatan anda, iaitu Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik ( TPPA ).
Seperti yang ditegaskan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed di dalam akhbar, Malaysia adalah salah satu daripada 12 negara yang terlibat dalam rundingan untuk menyertai TPP. Namun begitu, kami juga sebuah negara dengan senarai permintaan yang tertinggi.
Bukan disebabkan mahu menyulitkan keadaan, mahupun ingin melakukan sesuatu yang kelihatan anti-Amerika. Ini hanya kerana TPP telah menimbulkan pelbagai kebimbangan yang berpotensi mengancam cara hidup, budaya dan mata pencarian kita.
Kita tahu hakikatnya terdapat bab-bab dalam TPP yang jelas memberi kesan terhadap kos perubatan dan rawatan. Sebagai sebuah negara yang mempunyai jurang pendapatan yang tinggi di antara kelas, ia jelas untuk tidak memberi manfaat kepada penduduk kelas menengah dan rendah di Malaysia.
Kita juga tahu bahawa terdapat satu bab mengenai penyelesaian pertikaian pelabur ( ISDS ) yang boleh mencalar kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan negara. Ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh benarkan berlaku di meja rundingan, dan sesuatu yang kami sering suarakan dengan meluas di media Malaysia.
Pada 23 April 2014, Bantah TPPA telah mendengar sendiri satu telesidang oleh Ahli Kongres Amerika Syarikat Brad Sherman (Parti Demokrat California) dan Alan Grayson (Parti Demokrat Florida ).
Ahli Kongres Grayson menegaskan bahawa ada kemungkinan kedaulatan dan budaya Malaysia, terutamanya yang berkaitan dengan dasar-dasar tindakan afirmatif untuk Bumiputera bakal terancam.
Juga diketengahkan dalam telesidang itu terdapat kemungkinan undang-undang Amerika yang melarang penjualan barangan produk Malaysia di negara mereka melalui Akta Belian Amerika 1933.
Penganjur juga berkata dalam satu tinjauan yang telah diadakan, 2/3 daripada rakyat Amerika tidak menyokong TPPA , ini diikuti dengan dengan dokumen surat yang boleh didapati di Internet yang jelas menunjukkan separuh daripada Kongres Amerika Syarikat tidak akan menyokong “Fast Track” Lembaga Perdagangan ( FTTA ), di mana sekiranya diluluskan akan memberi Obama mandat untuk berunding bagi pihak Amerika secara keseluruhannya dan memintas proses penelitian dari ahli-ahli politik Amerika.
Malangnya bagi rakyat Malaysia, pandangan yang kami terima daripada kedua-dua ahli politik Amerika ini adalah bahawa tidak akan ada kemungkinan Kongres AS akan mengundi untuk menguatkuasakan hal ini berbangkit semula.
Tanpa FTTA , apa sahaja yang telah dipersetujui dalam rundingan oleh 12 negara TPPA akan dipersembahkan di hadapan Kongres untuk penelitian dan - jika perlu , pindaan boleh dibangkitkan oleh Amerika Syarikat.
Grayson juga menekankan bahawa sudah ada perbincangan di kalangan ahli-ahli Parti Demokratik untuk menggesa Obama “mengebumikan” TPPA dan bina semula.
Ini disebabkan hakikat bahawa perjanjian itu tidak menjamin apa-apa untuk rakyat Amerika dari segi mengurangkan defisit perdagangan mereka mahupun mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk mereka.
Tuan Presiden, ia kelihatan sekarang seperti TPPA tidak mempunyai apa-apa faedah untuk kedua-dua rakyat Malaysia dan juga Amerika.
Kita perlu menangani ketidaksamaan di Malaysia terlebih dahulu sebelum melihat kepentingan negara luar.
Kami berharap tuan berpuas hati sepanjang lawatan singkat anda ke Malaysia.
NIZAM MAHSHAR
CEO, MAJLIS TINDAKAN EKONOMI MELAYU
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Nizam Manshar adalah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ekonomi Melayu.
** Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
#Majlis Tindakan Ekonomi Melayu #Nizam Manshar #Obama
;