Surat MITI perlu miliki kod QR - Bukit Aman
Bernama
Mei 31, 2021 04:28 MYT
Mei 31, 2021 04:28 MYT
KUALA LUMPUR: Bagi mengelakkan pemalsuan surat kebenaran syarikat beroperasi, surat yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan dilengkapi dengan kod respon pantas (QR).
SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman SAC M V Srikumar M Nair berkata kod berkenaan akan diimbas oleh polis di sekatan jalan raya bagi memastikan ia adalah tulen.
"Apabila kod berkenaan diimbas (pautan berkenaan) akan meminta satu nombor kod yang mana hanya pihak polis sahaja mempunyai kod tersebut.
"Apabila kita memasukkan nombor kod itu, maka kita akan dapat tahu sama ada surat itu betul tally (selaras) dengan pemegang surat," katanya kepada Bernama semasa hadir menjadi tetamu dalam Ruang Bicara PDRM di sini malam tadi.
Dalam pada itu, beliau menolak dakwaan wujudnya layanan dwistandard terhadap kebenaran merentas negeri dan daerah terhadap mana-mana individu atau kumpulan seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.
"PDRM tidak melihat golongan kayangan atau sebaliknya...jika mempunyai dokumen yang sah dan bukti (kukuh), maka (permohonan rentas daerah atau negeri) adalah dibenarkan," katanya.
-- BERNAMA
#Bukit Aman
#rentas daerah
#Sekatan Jalan Raya
#surat kebenaran
#MITI
#M V Srikumar M Nair
#kod respon pantas
#kod QR
#palsu
#pemalsuan
#dwistandard
#Golongan kayangan
#dokumen yang sah