Surat Kepada Pengarang: Remaja hari ini keterlaluan

Astro Awani
Jun 6, 2014 11:04 MYT
Surat Kepada Pengarang ini ditulis oleh salah seorang pembaca Astro AWANI sebagai memberi maklumbalas mengenai gejala buli.
Saya sebagai seorang belia sudah alami seperti mana yang sudah terjadi dalam diri para remaja lain yang kita lihat kini semakin hari semakin keterlaluan.
Semua perkara yang mereka lakukan itu adalah kerana nafsu kekuasaan dalam merelakan diri mereka untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan kesannya ke atas diri mereka.
Trend buli di zaman moden ini kalau dilihat lebih tertumpu kepada remaja wanita dan kurangnya di golongan remaja lelaki, kenapa dan mengapa ini terjadi.?
1. Ibu bapa harus memainkan peranan yang amat penting
2. Filem-filem tempatan dan luar berunsurkan gangster tidak harus ditayangkan, kalau boleh beri syarat lebih ketat kepada penerbit filem
3. Sahabat karib dengan siapa mereka berkawan
4. Guru sekolah memainkan peranan mereka sebagai keluarga kemudian memantau dan memerhatikan setiap gerak geri pelajar
5. Didikan agama yang lebih untuk kesedaran diri
Senarai di atas ini adalah sebab-sebab mengapa ia terjadi, namun dalam dunia moden ini pelbagai teknologi yang boleh dilakukan sebagai contoh:
• Setiap sekolah di Malaysia menggunakan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di setiap kawasan.
• Mewujudkan satu sistem pencegahan jenayah di sekolah yang melibatkan terus pihak polis dan Kementerian Pendidikan.
• Memberi pendedahan lebih kepada pelajar yang sering kali melakukan kesalahan seperti kes melibatkan jenayah buli dan sebagainya untuk diperbaiki agar tidak mempengaruhi pelajar lain.
• Memperkenalkan sistem hukuman yang baru dan lebih ketat agar mereka takut untuk mengulanginya lagi.
Sekian Terima Kasih
Sam, Tawau
#buli #Surat Kepada Pengarang
;