Surat Kepada Pengarang: Bezanya membuli zaman dahulu dan sekarang

Astro Awani
Jun 5, 2014 16:45 MYT
Nor Asmah Binti Tamril kongsi kisah peribadi
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Saya terpanggil untuk menjawab persoalan ini. Umur saya hampir 30 tahun. Saya pernah remaja, sekarang saya mempunyai seorang anak. Kenapa anak-anak kita jadi pembuli.
1. Kurang pemantauan dari keluarga – Ibu-bapa bekerja, tiada masa untuk anak-anak.
2. Gajet – Menjadi ikutan (film/drama) dan trend.
3. Masalah keluarga – Anak-anak tertekan. Jadi mereka lepaskan pada mangsa.
4. Psikologi – Terlalu manjakan anak, susah dijentik dan tidak pernah diberi hukuman.
Saya lahir pada tahun 1985. Saya pernah membuli semasa sekolah. Alasan saya membuli adalah kerana suka-suka. Tetapi saya membuli bukan seperti zaman sekarang. Pada zaman saya membuli adalah "basuh kain", "hembus kipas sampai pusing" dan macam-macam. Pada zaman saya membuli dianggap sebagai fun. Saya dan mangsa dibuli sehingga kini menjadi rakan baik.
Empat sebab yang saya beri di atas adalah sebab-sebab utama kenapa ada kes-kes membuli seperti sekarang. Koma, mati, parah. Jadi ibu-bapa jangan terlalu sayangkan anak. Jika salah tegur lah. Hadkan penggunaan handphone. Bagi yang rumahtangga bermasalah, jangan lepaskan didepan anak.
Terima Kasih
Nor Asmah Binti Tamril
#buli
;