Surat kepada Maszlee: Saya tidak kata semua dia lakukan salah - Tun Mahathir

Fareez Azman
Januari 7, 2020 13:06 MYT
TUN MAHATHIR: "Jawatan Menteri Pendidikan akan diputuskan oleh saya kerana itu adalah prerogratif saya." - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
'Peletakan jawatan Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik adalah atas persetujuan beliau sendiri.'
Demikian jelas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu surat yang dikirimkan oleh beliau kepada mantan Menteri Pendidikan itu.
Ujar Tun Mahathir lagi, beberapa isu yang terkandung di dalam surat terbabit yang membawa kepada tindakan peletakan jawatan oleh Maszlee, dan siapakah penggantinya akan diputuskan oleh beliau kelak.
“Jawatan Menteri Pendidikan akan diputuskan oleh saya kerana itu adalah prerogratif saya.
“Surat yang saya kirimkan kepada beliau (Maszlee) telah dibocorkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Seperti yang anda sedia maklum saya tidak mengatakan bahawa semua yang Maszlee lakukan salah. Ada juga perkara yang beliau lakukan itu betul.
“Tetapi atas sebab yang lain itu saya rasa Maszlee perlu meletak jawatan, dan dia bersetuju, lalu meletak jawatan,” kata Perdana Menteri pada dalam sidang media selepas mesyuarat JKKMAR di Putrajaya hari ini.
BACA: "Ya tuhan, berikan aku kekuatan harungi fitnah ini" - Dr Maszlee
Memetik laporan media, isu surat bertarikh 27 Disember 2019 itu mula hangat diperkatakan apabila tindakan prletakan jawatan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu didakwa atas kehendak Perdana Menteri.
Surat dengan 17 perenggan itu dikatakan dihantar ke pejabat ahli Parlimen Simpang Renggam itu pada hari yang sama.
#Dr Mazlee Malik #Mahathir Mohamad #Menteri Pendidikan #pendidikan #Perdana Menteri #Putrajaya
;