KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan tidak menolak kemungkinan berlaku pertambahan pangkalan haram bagi kegiatan penyeludupan di sepanjang 106 kilometer Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand berikutan cuaca panas ketika ini.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata sebelum ini terdapat kira-kira 140 pangkalan haram dikesan di sepanjang sungai berkenaan.
"Paras air Sungai Golok semakin menyusut dan tidak mustahil ada pihak yang mengambil kesempatan mewujudkan pangkalan haram baharu.
"... dengan keadaan sekarang mungkin jumlah pangkalan haram bertambah seolah-olah setiap satu kilometer akan wujudnya pangkalan haram," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kastam Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata meskipun pangkalan itu kecil atau baru diwujudkan, ia merupakan satu laluan haram dan dijadikan tempat menyeludup barangan antara kedua-dua belah negara.
"Kita di sempadan sentiasa perlu bekerjasama dengan kesemua agensi kerana suasana di sempadan di Sungai Golok sesuatu yang sukar dikawal. Kastam sentiasa meningkatkan usaha menyekat kegiatan penyeludupan daripada berleluasa," katanya.
Sazali berkata sepanjang tahun lepas, Kastam Kelantan membuka 670 kertas siasatan dengan rampasan bernilai RM27.9 juta termasuk cukai.
"Rampasan terbesar melibatkan rokok dengan nilai rampasan termasuk cukai sebanyak RM22 juta serta 386 kertas siasatan telah dibuka.
"Bagi tiga bulan pertama tahun ini, pelbagai barangan seludup termasuk cukai bernilai RM6.8 juta telah dirampas dengan 272 kertas siasatan dibuka," katanya.
Menurut Sazali rampasan kereta klon dan motosikal jenis Yamaha RX-Z adalah paling banyak dihasilkan dengan rampasan bernilai RM784,738 termasuk cukai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Sazali berkata, pihak kastam sentiasa meningkatkan usaha menyekat kegiatan penyeludupan daripada berleluasa. - Bernama
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
JKDM Kelantan rampas minuman keras RM1.2 juta
JKDM Kelantan merampas 24,500 liter minuman keras yang dibawa masuk ke negara ini tanpa dokumen pengimportan yang sah bernilai RM1.2 juta.
Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1.3 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 1,690,000 batang rokok seludup bernilai RM1,133,990 termasuk cukai dalam serbuan di Jalan Kampung Gunong, di Bachok pada 24 Julai lepas.