Sumbangan mendiang Ng Poh Tip dalam dunia kewartawanan akan sentiasa dihargai - Fahmi

Bernama
Mei 25, 2024 18:25 MYT
Sumbangan mendiang Ng sebagai Ketua Pengarang wanita pertama di Malaysia, amat besar dalam dunia kewartawanan tanah air.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Pengarang Kumpulan The Star Datuk Ng Poh Tip, yang meninggal dunia hari ini.
Beliau menerusi laman X hari ini berkata sumbangan mendiang Ng sebagai Ketua Pengarang wanita pertama di Malaysia, amat besar dalam dunia kewartawanan tanah air.
"Segala jasa dan bakti mendiang akan sentiasa dihargai dan diingati. May her soul rest in peace," katanya.
Mendiang Ng meninggal dunia di rumahnya di Subang Jaya pada usia 81 tahun.
Ng memulakan kerjayanya sebagai wartawan pada 1971 dan mencipta sejarah sebagai ketua pengarang kumpulan wanita pertama negara pada 1993 hingga 2003, di The Star.
-- BERNAMA
#ng poh tip #ketua pengarang wanita #The Star #Fahmi Fadzil #sumbangan
;