Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kedudukan menteri besar sehingga 27 Ogos ini.
“Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.
“DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan yang baginda berpuashati bahawa saya mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika saya menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos 2014,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Katanya lagi, DYMM Tuanku Sultan juga telah menitahkan supaya beliau tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan Menteri Besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos untuk beliau menghadap sultan.
Justeru Abdul Khalid juga menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa beliau telah mengelirukan DYMM Tuanku Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan.
Sebelum ini, 30 orang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan sokongan kepada Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.
Abdul Khalid dalam satu kenyataan di Facebook berkata, beliau maklum tentang pengumuman Wan Azizah yang mendakwa ADUN Kajang itu telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor.
Tambah Abdul Khalid, sehingga proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor belum lagi diadakan, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa.
Pada 9 Ogos, Abdul Khalid dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ahli seumur hidup berkuatkuasa serta merta.
Astro Awani
Fri Aug 15 2014
![Sultan titah Abdul Khalid tidak berikan kenyataan berhubung MB sehingga 27 Ogos Sultan titah Abdul Khalid tidak berikan kenyataan berhubung MB sehingga 27 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/71407930441_295x200.jpg)
Abdul Khalid berkata beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kedudukan menteri besar
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas, berkesan - PM Anwar Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas, berkesan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721198691_AnwarIbrahim.jpg)
Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas, berkesan - PM Anwar
Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas dan berkesan dengan melibatkan usaha pelbagai pihak.
AWANI Ringkas: Jangan cemas tembakan meriam pada Jumaat dan Sabtu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721197285_Pelakontumbuktema.jpg)
Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR
Kertas siasatan kes pelakon tumbuk teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, di sini telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Elektrik terputus, banjir jejaskan 165,000 penduduk Toronto
Hujan lebat di Toronto, Kanada pada Selasa menyebabkan lebih 165,000 pengguna terputus bekalan elektrik, lapor Toronto Hydro.
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
23 terbunuh, 13 cedera dalam kemalangan bas di Peru
Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 13 cedera di Peru pada Selasa selepas sebuah bas terbalik ketika dalam perjalanan melalui kawasan pergunungan.
Agensi berita Andina melaporkan Ketua Bahagian Perlindungan Lebuh Raya, Jhonny Rolando Valderrama memberitahu bas itu terbabas dari lebuh raya di wilayah Ayacucho andean peru pada waktu senja lalu terbalik dan terjunam ke bawah cerun kira-kira 200 meter.
Agensi berita Andina melaporkan Ketua Bahagian Perlindungan Lebuh Raya, Jhonny Rolando Valderrama memberitahu bas itu terbabas dari lebuh raya di wilayah Ayacucho andean peru pada waktu senja lalu terbalik dan terjunam ke bawah cerun kira-kira 200 meter.
![Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619621931_HadiAwang.jpg)
Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, ketika diperkenalkan dengan bekas Menteri Besar Selangor itu pada tahun 2000, beliau tidak menyangka dapat menariknya untuk terjun ke gelanggang politik.
![Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659336544_khalidibrahim.jpg)
Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi
Sultan Selangor berkenan berangkat ke upacara pengebumian jenazah Allahyarham Abdul Khalid di Makan Diraja Shah Alam.
![Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659334119_TBAMIRUDINSHARIjp.jpg)
Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB
Kerajaan Selangor hargai sumbangan besar Abdul Khalid kepada negeri itu sepanjang hayat Allahyarham.
![Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659327019_Belasungkawa.jpg)
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim
Sesi ziarah dan penghormatan terakhir dibuka kepada orang ramai hingga jam 1 tengah hari ini.
![Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659325967_AnwarIbrahim.jpg)
Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
![Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51659282345_TanSriAbdulKhalid.jpg)
Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Jenazah Allahyarham Abdul Khalid dijadual dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam pada jam 2 petang ini selepas disolatkan sekali lagi pada jam 1.40 tengah hari.
![Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659322626_KhalidIbrahim.jpg)
Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP
Allahyarham juga dikenang sebagai pemimpin kerajaan negeri selepas pembangkang menewaskan BN Selangor buat pertama kali pada 2008.
![Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659318047_KhalidIbrahim.jpg)
Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan
Jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk disolatkan sekali lagi dan memberi peluang kepada rakyat Selangor beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
![Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51659282345_TanSriAbdulKhalid.jpg)
Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini, malam ini.
![Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620536407_AbdulKhalidIbrahim.jpg)
Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).