Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata

Bernama
Julai 16, 2024 18:48 MYT
Sultan Sharafuddin sebelum ini menjalani pembedahan sama untuk mata kiri. - FB Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata sebelah kanan yang tertangguh sejak lapan bulan lepas.
Hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office memaklumkan baginda dinasihat oleh doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum pembedahan dilakukan.
"Susulan prosedur ini, baginda dijangka berada dalam fasa pemulihan selama sepuluh hari," katanya.
Menurut hantaran itu, Sultan Sharafuddin sebelum ini menjalani pembedahan sama untuk mata kiri.
-- BERNAMA
#Sultan Selangor #Sultan Sharafuddin Idris Shah #rawatan pemeriksaan kesihatan #prosedur pembedahan katarak
;