Sultan Selangor dijangka pulang ke tanah air 23 Ogos

Bernama
Ogos 20, 2014 21:44 MYT
Baginda pada awalnya dijadual pulang pada 27 Ogos. - Gambar Fail
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka memendekkan percutian luar negaranya dan akan kembali ke tanah air pada 23 Ogos ini.
Perkara itu disahkan sumber dari Istana Selangor ketika dihubungi Bernama hari ini.
Baginda pada awalnya dijadual pulang pada 27 Ogos.
Sebelum ini, Sultan menitahkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar sehingga baginda pulang pada 27 Ogos.
Abdul Khalid berkata sementara menunggu tempoh itu, beliau akan meneruskan tugas seperti biasa sebagai menteri besar bersama-sama empat anggota Exco daripada PAS.
#Abdul Khalid Ibrahim #Istana Selangor #kembali #Menteri Besar #percutian #Sultan Selangor
;