Sultan Selangor cemar duli ziarah Menteri Besar Kelantan

Muhafandi Muhamad
Mei 3, 2016 16:45 MYT
Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menziarahi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasminya.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menziarahi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasminya di JKR 10, di sini.
Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan disambut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Baginda tiba pada jam 2.30 petang dan meluangkan masa lebih 30 minit sebelum meninggalkan kediaman Ahmad.
Awal April lalu, Ahmad dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah mengadu kepenatan selepas mempengerusi Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.
Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan terdapat pendarahan kecil di kepalanya dan beliau dinasihati melakukan pembedahan.
Susulan pembedahan, beliau kini dinasihatkan untuk berehat secukupnya dan menunggu pemeriksaan susulan.
Tugas rasminya kini dipangku Timbalan Menteri besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
#Ahmad Yakob #Azmin Ali #mohd amar abdullah #Sultan Selangor #Sultan Sharafuddin Idris Shah
;