Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah

Abd Razak Mohd Ali
April 10, 2024 11:10 MYT
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama jemaah lain di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, hari ini. - Gambar Bernama
KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama jemaah lain di Masjid Ubudiah, di sini, hari ini.
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Keberangkatan tiba Sultan Nazrin kira-kira pada jam 8.30 pagi itu disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta barisan Exco Kerajaan Negeri.
Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim.
Sebaik selesai menunaikan solat sunat baginda meluangkan masa bersalaman dengan jemaah yang hadir.
Sultan Nazrin kemudiannya menziarahi pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan Kuala Kangsar yang terletak di kawasan Masjid Ubudiah.
Baginda turut menziarahi pusara adinda baginda, Almarhum Raja Datuk Seri Ashman Shah sebelum berangkat ke Istana Iskandariah untuk majlis sambutan hari raya.
#Sultan Perak #Sultan Nazrin Shah #Solat sunat Aidilfitri #Masjid Ubudiah
;