Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah

Abd Razak Mohd Ali
April 22, 2023 11:56 MYT
tibaan baginda di masjid berkenaan disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan Exco Kerajaan Negeri dan beberapa kenamaan lain. - Foto BERNAMA
KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama jemaah lain di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, hari ini.

Ketibaan baginda di masjid berkenaan disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan Exco Kerajaan Negeri dan beberapa kenamaan lain.
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Sebaik selesai menunaikan solat, Sultan Nazrin kemudiannya menziarahi pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Makam Diraja masjid berkenaan sebelum berangkat pulang.
#Sultan Perak #Sultan Nazrin Muizzuddin Shah #solat Aidilfitri #Saarani Mohamad
;