Sultan Nazrin solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah

Abd Razak Mohd Ali
Mei 2, 2022 14:57 MYT
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar hari ini. - Gambar BERNAMA
KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama jemaah lain di Masjid Ubudiah di sini, hari ini.
Ketibaan baginda di masjid berkenaan sekitar pukul 8.40 pagi disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan EXCO Kerajaan Negeri dan beberapa kenamaan lain.
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Sebaik selesai menunaikan solat, Sultan Nazrin menziarahi pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Makam Diraja masjid berkenaan sebelum berangkat pulang.
#Sultan Perak #Sultan Nazrin Shah #Solat sunat Aidilfitri #Masjid Ubudiah
;