Sultan Nazrin sempurnakan istiadat meletak kerja pertabalan

Astro Awani
Mei 3, 2015 09:18 MYT
Istiadat pertabalan Sultan Perak ke-35 bermula secara rasmi hari ini menerusi pengisytiharan istiadat meletak kerja pertabalan di Istana Iskandariah. -Foto Bernama
Istiadat pertabalan Sultan Perak ke-35 bermula secara rasmi hari ini menerusi pengisytiharan istiadat meletak kerja pertabalan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Ahad.
Pengisytiharan itu disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di hadapan panca persada yang terletak di perkarangan Istana Iskandariah, Bukit Chandan.
Pengisytiharan itu bermula kira-kira jam 9.50 pagi sebaik ketibaan Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim yang diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Turut sama Raja Muda, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.
#Istana Iskandariah #Pertabalan #Sultan Nazrin Muizzuddin Shah #Tuanku Zara Salim