Sultan Nazrin dilantik Timbalan YDP Agong untuk kali kedua

Firdaus Azil
Januari 24, 2019 16:11 MYT
Baginda turut pernah dilantik sebagai pemangku kepada Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan YDP Agong (YDPA) untuk tempoh lima tahun, bermula 31 Januari 2019.
Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini, perkara itu diputuskan oleh Majlis Raja-Raja yang mengadakan mesyuarat khas di Istana, hari ini.
Sebelum ini, Sultan Nazrin, telah pun menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan YDPA sejak 2016, ketika Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menjadi YDPA ketika itu.
Baginda turut dilantik menjadi pemangku kepada YDPA sebanyak dua kali.
BACA: Sultan Abdullah bijak santuni rakyat
BACA: Pintar, prihatin jadikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin disegani
#Istana Negara #Malaysia #Parlimen #Sultan Nazrin Shah #Sultan Perak #Timbalan Yang di-Pertuan Agong
;