Sultan Muhammad V solat sunat Aidilfitri di Masjid Muhammadi

Muhafandi Muhamad
Jun 5, 2019 11:56 MYT
Sultan Muhamma bersalaman dengan jemaah semasa berangkat ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. - Gambar Astro AWANI
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Muhammadi, Kota Bharu.
Baginda yang berjubah putih tiba sekitar pukul 8.25 pagi menyertai lebih 5,000 jemaah lain.
Turut mengiringiu baginda ialah Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Solat sunat Aidilfitri diimamkan Imam Besar Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah manakala khutbah disampaikan Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri Mohamad.
Selesai solat, Sultan Muhammad mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah sebelum berangkat menerima menghadap rakyat di Istana Balai Besar, Kota Bharu.
#Aidilfitri #Kota Bharu #solat sunat Aidilfitri di Masjid Muhammadi #Sultan Kelantan #Sultan Muhammad V
;