'Sultan Melaka' direman untuk tiga hari lagi

Bernama
Januari 18, 2014 12:50 MYT
Raja Noor Jan (dua, kanan) ketika ditahan pada 14 Januari lalu. --fotoBERNAMA
Polis hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Majistret untuk menyambung reman ahli perniagaan Noor Jan Tuah selama tiga hari lagi bermula esok bagi membantu siasatan kes dia mendakwa dirinya sultan Melaka.
Perintah itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah V. Kanasan bagi membolehkan polis menyiasat kes berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948.
Noor Jan, 57, ditahan pada 10.50 pagi Selasa lepas di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk melakukan aktiviti bersama 'pengikutnya'.
Pada Rabu lepas polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret menahan reman lelaki itu selama empat hari.
#polis #reman #Sultan Melaka
;