Sultan Kelantan ziarah makam Raja Perempuan Zainab II dan Tengku Azizah

Bernama
Jun 16, 2024 06:00 MYT
Sultan Muhammad V berkenan berangkat menziarahi makam kedua-dua nenda baginda iaitu Almarhumah Raja Perempuan Zainab II dan Almarhumah Tengku Azizah Tengku Mohd Hamzah di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, pada Ahad. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan berangkat menziarahi makam kedua-dua nenda baginda iaitu Almarhumah Raja Perempuan Zainab II dan Almarhumah Tengku Azizah Tengku Mohd Hamzah di Makam Diraja Langgar, di sini, pada Ahad.
Baginda tiba di makam berkenaan pada 6 petang dan disambut oleh exco kerajaan negeri.
Turut berkenan berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan majlis itu dipimpin oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Raja Perempuan Zainab II, yang merupakan bonda kepada Almarhum Sultan Ismail Petra, telah mangkat di Istana Negeri Kubang Kerian pada 10 Jan 1993 ketika berusia 75 tahun manakala Tengku Azizah, yang merupakan bonda kepada Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, mangkat pada 25 Dis 1999.
- BERNAMA
#Sultan Kelantan #Sultan Muhammad V #Raja Perempuan Zainab II #Tengku Azizah Tengku Mohd Hamzah
;