Sultan Kelantan berkenan isytihar Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai isteri baginda
Muhafandi Muhamad
Ogos 2, 2022 12:39 MYT
Ogos 2, 2022 12:39 MYT
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan tersebut di Istana Balai Besar yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.
Menurut Ahmad, pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) bagi pemakluman kepada negeri dan rakyat amnya.
Baginda juga memperkenankan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra iaitu isteri Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.
Kurniaan pangkat itu berkuat kuasa hari ini.