Sultan Kedah mangkat: Perak kibar bendera separa tiang
Adie Sufian Zulkefli
September 11, 2017 19:20 MYT
September 11, 2017 19:20 MYT
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua bendera di negeri Perak dikibar separuh tiang sebagai tanda turut bersedih dan dukacita rakyat negeri Perak atas kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj.
Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Isnin berkata, baginda menitahkan supaya semua bendera di negeri Perak dikibarkan separa tiang sehingga selesai istiadat pemakaman.
Media tempatan melaporkan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.