KUALA LUMPUR: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengurniakan panji rejimen kepada Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam istiadat di Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.
Penganugerahan berkenaan sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan batalion berkenaan dalam mempertahankan kedaulatan bangsa dan memelihara keamanan negara.
Mengiringi baginda ke istiadat berkenaan Kolonel Yang Di-Pertua RAMD Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin.
Turut mengiringi baginda Panglima Angkatan Tentera Melaysia Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Pada istiadat berkenaan Sultan Sallehuddin berkenan memeriksa perbarisan dianggotai 23 pegawai dan 386 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion ke 23 RAMD diketuai oleh Lt Kol Mohd Azroi Ariffin Shah.
Baginda kemudian turut berkenan untuk menepung tawar panji-panji rejimen berkenaan sebelum memberikan tabik hormat.
Dalam istiadat berkenaan Sultan Sallehuddin bertitah, penganugerahan berkenaan adalah sebagai pengurniaan tertinggi bagi menghargai perkhidmatan dan kesetiaan yang dimanifestasikan oleh batalion kepada raja dan negara.
"Beta percaya bahawa penganugerahan yang baharu ini, akan menjadi denyut nadi kepada seluruh warga batalion untuk terus mencurahkan kesetiaan dan khidmat bakti dengan lebih cemerlang dan terbilang di masa hadapan," titah baginda.
Baginda turut menyeru warga batalion untuk sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan keupayaan tempur, untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara tercinta.
"Ingatlah, anda semua merupakan sebahagian nadi, dalam memacu tonggak kecemerlangan dan tekad rakyat, untuk menjadi bangsa yang berjaya, dalam kelangsungan menghirup udara kemerdekaan," titah baginda.
Batalion 23 RAMD merupakan batalion ke-23 dianugerahkan panji-panji rejimen daripada keseluruhan 26 batalion RAMD.
Batalion berkenaan memegang kepada pengorbanan demi cinta dan kasih sayang untuk tanah air, agama, nusa dan bangsa adalah separuh dari iman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
![Sultan Kedah kurnia panji rejimen kepada Batalion ke-23 RAMD Sultan Kedah kurnia panji rejimen kepada Batalion ke-23 RAMD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696397599_SultanKedah.jpg)
Sultan Sallehuddin berkenan melakukan Istiadat Menepung Tawar Panji-panji Rejimen yang baharu dianugerahkan selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Panji-panji Rejimen kepada Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja. -Bernama
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738731191_MajlisRajaRaja.jpg)
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
![Sultan Kedah titah graduan kongsi bakat manfaatkan masyarakat Sultan Kedah titah graduan kongsi bakat manfaatkan masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731229038_TBSultanKedahj.jpg)
Sultan Kedah titah graduan kongsi bakat manfaatkan masyarakat
Sultan Kedah menitahkan para graduan berkongsi bakat dan kemahiran yang dimiliki agar dapat memberikan impak positif serta manfaat kepada masyarakat.
![Sultan Kedah berkenan lawat mangsa banjir di PPS Sultan Kedah berkenan lawat mangsa banjir di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727097552_banjir.jpg)
Sultan Kedah berkenan lawat mangsa banjir di PPS
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti hari ini.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
![Sultan Kedah sambut baik inisiatif Tahun Melawat Kedah 2025 Sultan Kedah sambut baik inisiatif Tahun Melawat Kedah 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719724482_SultanKedah.jpg)
Sultan Kedah sambut baik inisiatif Tahun Melawat Kedah 2025
Tahun Melawat Kedah 2025 berupaya meletakkan negeri Jelapang Padi itu sebagai destinasi pelancongan unggul, titah Sultan Sallehuddin.
![Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719723019_SultanKedahSultan.jpg)
Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah
Insentif fiskal ini dilihat akan dapat mengimbangi hasil dan perbelanjaan Negeri Kedah pada masa hadapan, titah Sultan Sallehuddin.
![Fahmi menghadap Sultan Kedah, persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong Fahmi menghadap Sultan Kedah, persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717510172_TBFAHMI.jpg)
Fahmi menghadap Sultan Kedah, persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong
Fahmi menghadap Sultan Kedah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.
![Lebih 3,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir Lebih 3,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712716170_sultankedahsolat.jpg)
Lebih 3,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir
Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah turut berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri.
![Sultan Kedah gesa struktur Mahkamah Syariah disemak semula Sultan Kedah gesa struktur Mahkamah Syariah disemak semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709541053_SultanSallehuddin.jpg)
Sultan Kedah gesa struktur Mahkamah Syariah disemak semula
Sultan Kedah menggesa kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat.
![Graduan UUM disaran terajui usaha cegah rasuah Graduan UUM disaran terajui usaha cegah rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700381120_sultankedah.jpg)
Graduan UUM disaran terajui usaha cegah rasuah
Baginda percaya UUM boleh memainkan peranan proaktif dalam memperkenal dan melaksanakan perancangan ini.