KUALA LUMPUR:Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengurniakan sembilan set bantuan keperluan belajar kepada sekolah terpilih di negeri itu.
Unit Komunikasi Korporat Istana Anak Bukit dalam satu kenyataan memaklumkan, set keperluan belajar itu meliputi televisyen pintar berserta kemudahan saluran Astro (rancangan TVIQ dan Tutor TV) serta komputer riba bertujuan memastikan supaya sesi pembelajaran di sekolah terbabit dapat dilaksanakan dengan lebih menarik, interaktif selain selari dengan perkembangan semasa.
Menurut kenyataan itu, majlis kurniaan sumbangan berkenaan adalah cetusan ilham oleh Tuanku Sultan; Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.
"Kurniaan itu menunjukkan keperibadian Tuanku Sultan dan keluarga diraja baginda amat mementingkan kebajikan serta pendidikan rakyat di negeri ini.
"Baginda amat bersimpati atas nasib dan masalah yang dihadapi oleh warga pendidik dan pelajar dalam sesi pembelajaran pada masa yang sukar ini akibat penularan wabak COVID-19," katanya kenyataan itu sempena majlis penyerahan di Istana Anak Bukit di Kedah, pada Ahad.]
Dalam pada itu, Sultan Sallehuddin dalam titahnya menasihati warga pendidik dan pelajar supaya tabah serta terus berusaha walaupun dalam keadaan yang mencabar dan sukar.
"Terutama kepada warga pendidik yang boleh diibaratkan sebagai lilin yang memberikan cahaya dan menerangi jiwa pelajar dalam membentuk seorang pemimpin pada masa hadapan," titah baginda dalam kenyataan itu.
Baginda bertitah agar semua sekolah yang menerima bantuan set keperluan belajar itu supaya dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan yang dikurniakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Baginda turut menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat korporat, konglomerat, pertubuhan serta individu untuk turut membantu warga pendidik dan para pelajar dengan memberi bantuan dalam menaik taraf kemudahan pembelajaran.
Pada majlis sama, Raja Muda Kedah turut menyumbang sejumlah beg dan pakaian sekolah kepada sembilan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah di negeri ini untuk disampaikan kepada sekolah dan pelajar yang memerlukan.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Ahmad Shukri Shafie, menjunjung setinggi-tinggi kasih ke hadapan Tuanku Sultan atas kurniaan sumbangan itu.
"Kami amat terharu atas keprihatinan baginda Tuanku Sultan Kedah serta keluarga diraja baginda kerana memahami keperluan warga pendidik dan pelajar dalam meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam situasi mencabar ini.
“Kami tidak pernah menyangka akan menerima kurniaan seumpama ini daripada Istana. Kami bersyukur dan sentiasa mendoakan agar Tuanku Sultan Kedah dan Tuanku Sultanah Kedah serta keluarga diraja baginda diberikan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan daripada Allah SWT," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Sun Dec 27 2020
Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengurniakan sembilan set bantuan keperluan belajar kepada sekolah terpilih dalam satu majlis di Istana Anak Bukit, Kedah pada Ahad. - Gambar Ihsan Istana Negeri Kedah
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Tiga suspek jenayah samun, curi kenderaan mati ditembak polis di Rawang
Polis menembak mati tiga penjenayah aktif dalam kegiatan mencuri kereta dan samun selepas berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, Rawang.
Sultan Kedah titah graduan kongsi bakat manfaatkan masyarakat
Sultan Kedah menitahkan para graduan berkongsi bakat dan kemahiran yang dimiliki agar dapat memberikan impak positif serta manfaat kepada masyarakat.
Sultan Kedah berkenan lawat mangsa banjir di PPS
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti hari ini.
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Sultan Kedah sambut baik inisiatif Tahun Melawat Kedah 2025
Tahun Melawat Kedah 2025 berupaya meletakkan negeri Jelapang Padi itu sebagai destinasi pelancongan unggul, titah Sultan Sallehuddin.
Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah
Insentif fiskal ini dilihat akan dapat mengimbangi hasil dan perbelanjaan Negeri Kedah pada masa hadapan, titah Sultan Sallehuddin.
Fahmi menghadap Sultan Kedah, persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong
Fahmi menghadap Sultan Kedah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.
Lebih 3,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir
Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah turut berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Sultan Kedah gesa struktur Mahkamah Syariah disemak semula
Sultan Kedah menggesa kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat.
Graduan UUM disaran terajui usaha cegah rasuah
Baginda percaya UUM boleh memainkan peranan proaktif dalam memperkenal dan melaksanakan perancangan ini.
Pegawai kerajaan perlu persiapkan diri dengan kemahiran di lapangan - Sultan Kedah
Pegawai kerajaan perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran di lapangan serta kemampuan mengatur strategi untuk berdepan sebarang bencana yang melanda negara, titah Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan