Sultan Johor terima menghadap PM, bincang situasi negara

Hilmi Malik
Ogos 12, 2021 15:43 MYT
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada Khamis. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.
Menurut baginda, pertemuan itu bertujuan bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai negara.
“Saya menjemput beliau (Tan Sri Muhyiddin) untuk santapan tengah hari dan beliau turut mempersembahkan kepada saya mengenai perkembangan negara pada masa sekarang,” titah Sultan Ibrahim dalam hantaran di Facebook baginda hari ini.
Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir sebelum itu menghadiri persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang berlangsung di Kota Iskandar, di Iskandar Puteri, Johor Bahru hari ini.
BACA: 'Jangan cemar Dewan saya dengan perangai buruk' - Sultan Johor
AWANI Ringkas: Sokong Kerajaan - Kerajaan Negeri Johor akan buat pendirian pada hari terakhir Sidang DUN
Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor yang ke-14 mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sidang DUN Johor | Perdana Menteri hadir hari pertama
Dalam titah perasmian, Sultan Ibrahim mengingatkan kesemua ADUN agar tidak mencemarkan kemuliaan Dewan dengan perangai buruk masing-masing.
Sultan Ibrahim turut bertitah, Dewan Negeri adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat serta negeri Johor.dirasmikan Sultan Johor.
Terdahulu, Speaker DUN Johor, Suhaizan Kayat mengumumkan sidang berkenaan ditangguhkan ke 22 Ogos ini untuk melakukan penilaian terhadap risiko penularan pandemik COVID-19.
Ketika ini, pihaknya juga sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
#Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #Sultan Ibrahim #Sultan Johor #Johor Bahru #sidang DUN Johor
;