Sultan Johor sumbang mesin baru CT-simulator bagi rawatan kanser

Kohilah Sekaran
Februari 27, 2016 14:12 MYT
Pusat Rawatan Onkologi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akan menerima sumbangan sebuah unit imbasan 'CT-simulator' baharu, kurniaan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor.
PUSAT Rawatan Onkologi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akan menerima sumbangan sebuah unit imbasan 'CT-simulator' baharu, kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Perkara ini diumumkan menerusi laman Facebook baginda, pada Jumaat.
Menurut kenyataan tersebut, pembelian dan pemasangan 'CT-simulator' moden tersebut berjumlah RM3.6 juta.
Difahamkan, mesin 'CT-simulator' itu adalah kritikal bagi rawatan radioterapi bagi pesakit kanser.
Mesin yang sedang digunakan di hospital pada ketika ini telah mula digunakan secara aktif dalam tahun 2004, setelah diperolehi pada tahun 1998.
Isu berhubung mesin 'CT-simulator' yang semakin uzur itu dimaklumkan kepada Tuanku Sultan oleh isteri Baginda, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor.
"Kami tahu bagaimana rasanya mempunyai seorang anak yang menderita akibat kanser, dan kami tahu dan memahami kedukaan serta kebimbangan yang dirasai oleh ibubapa lain.
“Kami telah kehilangan anak lelaki kami, dan kami tidak mahu ibu bapa lain merasai penderitaan yang telah kami lalui, serta kesedihan yang kami rasakan sekarang dan perlu kami tanggung sepanjang hayat kami," kata Tuanku Permaisuri seperti dipetik dari kenyataan FB tersebut.
Mereka berharap mesin akan membantu memastikan lebih ramai pesakit kanser dapat diselamatkan melalui rawatan radioterapi di hospital tersebut dengan segera tanpa berlengah lagi.

Salam Jumaat.The Oncology Treatment Centre of the Sultan Ismail Hospital, Johor Bahru, will receive the gift of a...

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on
Almarhum Tunku Abdul Jalil yang merupakan anakanda keempat Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah, mangkat pada usia 25 tahun, 5 Disember lepas di Hospital Sultanah Aminah akibat kanser hati.
Almarhum Tunku Abdul Jalil sewaktu hayatnya dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat. Sifat peramah membuatkan sesiapa sahaja senang mendampingi baginda.
BACA: 6 sebab kenapa Almarhum Tunku Abdul Jalil disegani ramai
BACA: Sultan Johor hadir tahlil 40 hari kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Jalil
BACA: Rakyat, pemimpin kongsi kesedihan atas kemangkatan Tunku Jalil
#CT-simulator #Hospital Sultan Ismail #kanser #Sultan Johor
;