Sultan Johor, Sultan Ibrahim dirawat di hospital akibat jangkitan virus, gastritis

Bernama
Jun 11, 2016 15:01 MYT
Mengikut kenyataan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda kini ditempatkan di Wad Diraja HSA. - Gambar fail
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini akibat jangkitan virus dan gastritis.
Mengikut kenyataan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda kini ditempatkan di Wad Diraja HSA.
"Baginda dijangka akan dibenarkan pulang dalam tempoh dua hari lagi," menurut kenyataan itu.
Difahamkan Sultan Ibrahim dimasukkan ke hospital semalam atas nasihat doktor baginda.
#Facebook #gastritis. - Gambar fail #jangkitan virus #Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar #Sultan Johor