Sultan Johor jalani pembedahan bahu kanan hari ini
Bernama
Julai 18, 2023 17:55 MYT
Julai 18, 2023 17:55 MYT
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menjalani pembedahan di bahu kanan akibat kecederaan lama di Hospital Pakar Damansara 2, Kuala Lumpur.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda berangkat ke hospital itu diiringi Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
Turut berangkat Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami Datuk Muhammad Dennis Abdullah serta Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim.
"Adalah harapan Tuanku Sultan, rakyat akan mendoakan baginda menjalani pembedahan serta pemeriksaan kesihatan dengan selamat dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
#jalani pembedahan
#Hospital Pakar Damansara 2