Sultan Ibrahim seru bangsa Johor bersatu
Nizam Bakeri
Februari 28, 2016 16:42 MYT
Februari 28, 2016 16:42 MYT
SULTAN JOHOR, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar bangsa Johor yang berbilang kaum agar bersatu demi kepentingan negeri berkenaan.
Titah yang disampaikan melalui laman Facebook rasmi baginda disampaikan sempena Pesta Perarakan Chingay yang berlangsung di Johor Bahru hari ini.
“Perayaan Chingay akan diadakan pada 28 haribulan. Inilah kali pertama saya menghadiri upacara seperti begini sebagai Sultan Johor,” titah baginda.
Titah baginda mendapat respon positif netizen yang menyifatkan seruan baginda sebagai sesuatu yang perlu disambut bukan sahaja di Johor bahkan di seluruh negara.