Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pre-council Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265

Astro Awani
Februari 20, 2024 17:22 MYT
Sultan Ibrahim (tengah) berangkat ke pre-council Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-265 di Istana Negara, hari ini. -Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pre-council Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara pada Selasa.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja akan berlangsung selama dua hari bermula Rabu.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja tersebut.
Ini merupakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pertama yang dihadiri Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Sultan Ibrahim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
#Yang di-Pertuan Agong #Mesyuarat Majlis Raja-Raja #pre-council #Istana Negara #Sultan Ibrahim
;