Sultan Ibrahim berangkat tinggalkan Istana Bukit Serene

Siti Nur Aqilla Omar
Januari 30, 2024 07:50 MYT
Kenderaan yang membawa Sultan Ibrahim meninggalkan Istana Bukit Serene menuju Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat meninggalkan Istana Bukit Serena pada pukul 7.45 pagi, menuju Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini, bagi berlepas ke Kuala Lumpur.
Baginda dijangka berangkat ke Kuala Lumpur menaiki pesawat peribadi sekitar pukul 8.30 pagi ini.
Sultan Ibrahim dijadual diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara.
Seri Paduka Baginda juga akan melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini sekali gus menandakan bermulanya tempoh pemerintahan lima tahun Sultan Ibrahim sebagai tonggak kedaulatan dan perpaduan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
#Yang di-Pertuan Agong #Sultan Ibrahim #Agong Kita #Istiadat Keberangkatan Tiba
;