Sultan Ibrahim berangkat tiba di Hangar Diraja
Astro Awani
Januari 31, 2024 08:40 MYT
Januari 31, 2024 08:40 MYT
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat tiba di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sebentar tadi.
Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan dif-dif kehormat lain.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengaminkan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad .
Baginda dijangka berangkat ke Kuala Lumpur menaiki pesawat peribadi sebentar lagi.
Sultan Ibrahim dijadual diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara.
Seri Paduka Baginda juga akan melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini sekali gus menandakan bermulanya tempoh pemerintahan lima tahun Sultan Ibrahim sebagai tonggak kedaulatan dan perpaduan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.