Sultan Ibrahim berangkat ke Bazar Ramadan Bangsar

Astro Awani
Mac 22, 2025 17:41 MYT
Keberangkatan Sultan Ibrahim ke Bazar Ramadan Bangsar diiringi Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil - Foto Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat berkunjung ke bazar Ramadan di kawasan Jalan Telawi, Bangsar, di ibu negara hari ini.
Sultan Ibrahim turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni para peniaga di bazar itu dan membeli juadah berbuka puasa bersama kakitangan Istana Negara.
Dalam kenyataan di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan keberangkatan Baginda diiringi Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Sultan Ibrahim turut berangkat ke Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk membeli-belah.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda nyata mengujakan pengunjung di pusat beli-belah itu, yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama Sultan Ibrahim.
#Bazar Ramadan #Sultan Ibrahim #Yang di-Pertuan Agong #terkini
;