Sultan Hassanal Bolkiah adakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia mulai Isnin
Astro Awani
November 2, 2014 15:02 MYT
November 2, 2014 15:02 MYT
Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah akan melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia mulai isnin.
Wisma Putra dalam kenyataannya berkata, Sultan Hassanal Bolkiah dijadual menghadiri perundingan tahunan pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam ke-18 dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada hari sama.
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan menjadi tuan rumah pada majlis makan tengah hari bagi meraikan baginda, kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, Sultan Hassanal Bolkiah akan dianugerahkan ijazah doktor kehormat undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang pada 5 November.
Perundingan tahunan merupakan acara peringkat tinggi paling penting antara malaysia dan brunei.
Dalam lawatan itu, sultan hassanal bolkiah akan diiringi beberapa menteri kabinet dan pegawai kanan brunei darussalam.
#Datin Seri Rosmah Mansor
#ijazah doktor kehormat undang-undang
#Malaysia
#Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
#Sultan Brunei Darussalam
#Sultan Hassanal Bolkiah
#USM
#Wisma Putra