Sultan Brunei bertemu Tun Mahathir

Najib Aroff
Mei 14, 2018 12:10 MYT
Dr Mahathir menyambut keberangkatan tiba Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ketibaan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang diiringi anakandanya Putera Abdul Mateen Hassanal Bolkiah.
Baginda yang memandu sendiri kenderaan tiba sekitar jam 11.48 pagi di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Pertemuan kedua pemimpin berlangsung sejurus selepas Dr Mahathir mempengerusikan mesyurat bersama Ketua Setiausaha kesemua Kementerian bagi menerangkan fungsi dan peranan kerajaan baru.
Walau bagaimanapun, Astro AWANI masih tidak dapat mengenal pasti tujuan pertemuan kedua pemimpin tersohor dunia ini.

Para wartawan masih lagi menanti di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana. Setakat ini dimaklumkan tiada sidang media oleh PM. #MalaysiaBaharu #PilihanMalaysia pic.twitter.com/9MeiRLCmOF

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) May 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan anakanda Putera Abdul Mateen berangkat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Putera sekitar jam 12.55PM. @501Awani #Malaysiabaharu #PilihanMalaysia pic.twitter.com/yeUVb2ZEgF

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) May 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Petugas media sedang menantikan sidang media oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) di Yayasan Kepimpinan Perdana. @501Awani kan membawakan secara langsung sidang media ini. Nantikan. #Malaysiabaharu #PilihanMalaysia pic.twitter.com/2sgeAiG0es

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) May 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Baginda dan anakanda berangkat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana sekitar jam 12.55 tengah hari selepas pertemuam lebih sejam itu.
Terdahulu, ketibaan Baginda disambut isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.
#Abdul Mateen Hassanal Bolkiah #Hassanal Bolkiah #Mahathir Mohamad #Malaysia Baharu #Malaysia Memilih #Perdana Menteri
;