Tokoh Wartawan Kebangsaan, Datuk A. Kadir Jasin mendakwa sejak pemilihan UMNO 1987, UMNO begitu takut mempertandingkan jawatan presiden sehingga rakyat tidak dapat membezakan antara parti dan kerajaan.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Berhad itu berkata, sejak pemilihan UMNO 1987 garis pemisahan antara UMNO dan kerajaan menjadi semakin kabur.
"Maka tidak hairanlah apabila kerajaan tidak popular UMNO turut tidak popular sebab orang ramai keliru antara UMNO dan kerajaan, kerajaan dan UMNO," katanya dalam satu tulisan di blognya bertajuk 'Sejarah Pemilihan dan Status Quo UMNO'.
Dalam tulisannya Abdul Kadir mengimbau sejarah pertandingan merebut jawatan presiden UMNO yang menyaksikan sejak penubuhannya, hanya tiga kali jawatan tersebut dipertandingkan.
Tulis beliau, kali terakhir jawatan presiden UMNO dipertandingkan ialah ketika Pemilihan Tahun 1987.
Abdul Kadir merujuk kepada pertandingan antara presiden UMNO ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
Tengku Razaleigh dan pasukannya yang dikenali sebagai 'Team B' tewas dalam pertandingan itu. Dua bulan selepas itu, sekumpulan ahli UMNO memfailkan saman di mahkamah memohon perisytiharan pemilihan tersebut terbatal dan tidak sah. Mahkamah bagaimanapun pada 4 Februari 1988 mengisytiharkan UMNO UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah ekoran wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan di bawah Akta Pertubuhan.
Tidak sampai dua minggu selepas itu, Dr. Mahathir mendaftar sebuah parti baru yang dinamakan UMNO (Baru) manakala Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46.
Selain Dr. Mahathir, hanya Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn pernah dicabar sebagai Presiden. Tunku dicabar oleh Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang ulama dan Pengerusi Badan Agama UMNO, pada pemilihan tahun 1951 manakala Tun Hussein dicabar oleh ketua penerangan UMNO pada waktu itu, Sulaiman Ahmad atau Sulaiman Palestin.
Dalam tulisan tersebut juga, Abdul Kadir turut mengulas tentang pertandingan jawatan timbalan presiden yang kali terakhir dipertandingkan pada tahun 1993 antara penyandangnya, Tun Abdul Ghaffar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar menang tanpa bertanding selepas Ghaffar menarik diri. Sebulan kemudian Ghaffar meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar menggantikan beliau.
Sejak itu, kata Abdul Kadir atas atas alasan perpaduan, dua jawatan teratas UMNO itu tidak ditandingi lagi.
Apabila Dr Mahathir bersara pada bulan Oktober 2003 dan digantikan oleh Abdullah, beliau juga mengambil alih sebagai presiden UMNO.
Apabila Abdullah dipaksa meletakkan jawatan pada bulan April 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikan beliau dan dalam pemilihan UMNO berikutnya disahkan sebagai presiden dan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai timbalan presiden.
Katanya, pemilihan agung tidak lagi instrumental dalam menentukan siapa menjadi presiden dan nasib presiden sebagai Perdana Menteri.
Abdul Kadir juga berkata nasib presiden UMNO sebagai Perdana Menteri Malaysia ditentukan oleh pendapat umum dan oleh kebangkitan ahli UMNO seperti yang berlaku ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.
"Hal yang sama akan menentukan kekal atau tidak Mohd Najib sebagai Perdana Menteri," katanya.
Selain mengulas tentang pertandingan melibatkan jawatan presiden dan timbalan, Kadir juga menulis tentang pertandingan melibatkan kerusi Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri UMNO.
Untuk pertandingan jawatan naib presiden, Kadir berkata apa sahaja boleh berlaku dan daripada tiga penyandang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat kukuh, tetapi Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal boleh dicabar.
Beliau berpendapat Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mempunyai kelebihan kerana beliau berjaya memimpin UMNO merampas balik Kedah daripada Pas dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.
Untuk jawatan Ketua Pemuda, Kadir berpendapat, penyandang jawatan tersebut, Khairy Jamaluddin berpotensi untuk mengekalkan jawatan kerana prestasi beliau sebagai ketua pemuda, pemimpin generasi pasca-DEB dan pemikir semasa adalah memberangsangkan biarpun berdepan persepsi umum yang agak negatif.
Kadir juga mengulas peluang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk mengekalkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO.
"Dengan beberapa kontroversi di sekelilingnya, kedudukan Shahrizat boleh disifatkan sebagai “goyah” tetapi masih sukar dijatuhkan," katanya.
Bagi jawatan Ketua Puteri UMNO pula, Kadir melihat peluang sama rata antara ahli parlimen muda Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin, dan Ketua Puteri UMNO Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman.
Irwan Muhammad Zain
Tue Sep 24 2013


Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Muhyiddin akan hilang kewibawaan jika tidak tegas dalam isu 1MDB - A.Kadir Jasin
Kadir Jasin juga menyentuh kenyataan Syed Ali Alhabshee yang ternyata silap dalam menyanggah apa yang diperkatakan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Skandal 1MDB kini jadi isu sensasi dan berbahaya - Kadir Jasin
Laporan polis oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan merupakan kemuncak kontroversi selama seminggu isu melibatkan dana negara ini.

Berterus terang sebelum rakyat marah - A.Kadir Jasin
Kerajaan perlu berterus terang kepada rakyat tentang situasai ekonomi negara sebelum mereka marah apabila keadaan menjadi parah.