Sukan renang: KBS jumpa penggiat industri sukan renang, perinci SOP, esok

Astro Awani
Jun 11, 2020 15:30 MYT
Ismail Sabri menjelaskan aktiviti kolam renang masih dikategorikan sebagai sukan terlarang. - Gambar hiasan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk penggiat industri sukan renang Jumaat ini, bagi mendapatkan pandangan untuk memperincikan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan semula aktiviti berkenaan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini aktiviti itu masih dalam kategori sukan dilarang meskipun pihaknya menerima banyak permohonan termasuk daripada KBS sendiri membabitkan latihan di kolam renang.
"Aktiviti kolam renang masih dalam senarai terlarang, bagaimanapun KBS akan mengadakan sesi libat urus Jumaat ini bersama penggiat industri sukan renang termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan agensi kerajaan.
"Ia adalah bagi mendapatkan pandangan bagi memperincikan SOP yang lebih komprehensif sebelum dikemukakan untuk persetujuan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Bagaimanapun, kita tunggulah kerana setakat hari ini, ia masih tidak dibenarkan," tambahnya.
#COVID-19 #ismail sabri yaakob #Kementerian Kesihatan #KKM #Majlis Keselamatan Negara #PKPP #SOP #sukan renang
;