Sukan Paralimpik Paris 2024: Syabas dan tahniah Ziyad - PM Anwar

Bernama
September 4, 2024 15:50 MYT
Anwar mengucapkan syabas dan tahniah kepada jaguh olahraga para negara Muhammad Ziyad (foto) yang meraih pingat perak pada Sukan Paralimpik Paris 2024. -Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan syabas dan tahniah kepada jaguh olahraga para negara Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
"Pingat perak yang dimenangi saudara Ziyad adalah yang ketiga buat kontinjen Malaysia di Paris. Syabas dan tahniah Ziyad!," katanya menerusi X hari ini.

Pingat perak yang dimenangi saudara Ziyad adalah yang ketiga buat kontinjen Malaysia di Paris.

Syabas dan tahniah Ziyad! #ParisParalympics2024 https://t.co/bPegtFoeQf

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) September 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada aksi di Stade de France semalam, Muhammad Ziyad melakukan 17.18 meter (m) dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Muhammad Ziyad Zolkefli #Sukan Paralimpik Paris 2024 #pingat perak