Sukan Olimpik Paris 2024: 'Menang atau tidak, Malaysia tetap bersama anda Azizulhasni'

Ridauddin Daud
Ogos 11, 2024 14:10 MYT
Bukan hanya rakyat, pemimpin negara turut menyatakan sokongan terhadap Azizulhasni, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -Instagram @anwaribrahim
KUALA LUMPUR: Perjuangan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang di Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir pada tengah malam Sabtu.
Beliau tersingkir seawal saringan pertama selepas penyertaannya dibatalkan kerana memotong ‘derny’ lebih awal, meskipun video menunjukkan beliau diasak oleh pelumba dari Perancis, Rayan Helal.
Atlet yang turut dikenali dengan jolokan The Pocket Rocketman itu juga menjelaskan situasi tersebut di media sosial rasmi miliknya dengan beliau turut meluahkan kekecewaan atas apa yang berlaku.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya percaya ramai yang tertunggu-tunggu penjelasan apakah yang berlaku di dalam pusingan pertama acara Keirin saya semalam. Saya cuba ringkaskan seboleh mungkin. pic.twitter.com/bcl8xsNnSN

— Azizulhasni Awang (@AzizulAWANG) August 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lima kali menyertai Sukan Olimpik, sudah pasti Azizulhasni atau Jijoe tidak sama sekali menduga perjalanan di Paris berakhir sebegitu rupa. Meskipun sebelum ini kesalahan sama pernah berlaku, namun diberikan kelonggaran pula.
Hakikatnya, bukan hanya Jijoe yang kecewa, rakyat Malaysia juga turut sama bersedih, berduka, bermuram durja dengan kontroversi itu.
Di media sosial, di laman X misalnya, nama beliau kini trending, dengan ribuan rakyat Malaysia menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi buat beliau.
Ada yang tidak menaip apa-apa, cuma tanda pagar dan berkongsi gambar Azizulhasni, ketika menang, ketika kayu menembusi betis malah tatkala baru selesai menjalani pembedahan jantung.

#TerimaKasihDatukAzizul pic.twitter.com/IvC8KXmNRp

— hasnaufahs (@hasnaufahs) August 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia sekali gus menunjukkan warna-warni perjuangan beliau yang tidak hanya manis namun juga bersulam pahit, duka dan kecewa.
Bekas pelumba negara, Josiah Ng juga meluahkan kekecewaan namun beliau masih menyimpan harapan, dengan kekuatan mental Azizulhasni, Josiah harap beliau pertimbang untuk bertanding pada Sukan Olimpik 2028.
Jelasnya, dari aspek fizikal, tidak mustahil untuk melakukannya dan sekiranya terus konsisten, beliau yakin Jijoe mampu bersaing pada empat tahun lagi.

Josiah Ng on Azizulhasnis DSQ. pic.twitter.com/92doSUdRB8

— square (@ikhwandayne) August 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kalau Dato’ tak bagi penjelasan pun kami tetap menyokong Azizulhasni Awang. Kita Malaysia tok, sedih atau gembira, kita sama-sama. Terima kasih legend,” tulis eFJei (@mrfirdausjailan).

Kalau Dato tak bagi penjelasan pun kami tetap menyokong Azizulhasni Awang. Kita Malaysia tok, sedih atau gembira, kita sama sama. Terima kasih legend

— eFJei (@mrfirdausjailan) August 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, devereux (@Pu3athirah) pula mencadangkan:
“Doa yg Shah Firdaus menang medal esok utk keirin. Lepastu masa dia naik podium, lepas dapat medal, masa amik gambar, dia mintak Dato Azizulhasni Awang naik podium and dedicate his win dekat Dato.”

Doa yg Shah Firdaus menang medal esok utk keirin. Lepastu masa dia naik podium, lepas dapat medal, masa amik gambar, dia mintak Dato Azizulhasni Awang naik podium and dedicate his win dekat Dato. That would the best thing that would ever happen #manifest

— devereux (@Pu3athirah) August 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bukan hanya rakyat, pemimpin negara turut menyatakan sokongan terhadap Azizulhasni, termasuk perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menerusi hantaran dimuat naik dalam ruangan Facebook Story yang berlatarbelakangkan gambar The Pocket Rocketman itu berkata “Kamu tetap dan selamanya permata negara, terima kasih.”
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pula memberi sokongan penuh kepada Azizulhasni dalam menghadapi saat sukar ketika ini.
Beliau berharap semua pihak dapat bersikap baik dan menghormati detik sukar sedang dilalui pelumba negara berusia 36 tahun itu serta keluarganya.
#Azizulhasni Awang #basikal trek #The Pocket Rocketman #Sukan Olimpik Paris 2024
;