Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed

Bernama
Mac 4, 2025 15:01 MYT
Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Harun Rasheed Othman, meninggal dunia pada usia 71 tahun.
KUALA LUMPUR: Sukan olahraga negara kehilangan seorang yang disegani apabila bekas jurulatih skuad kebangsaan, Harun Rasheed Othman menghembuskan nafas terakhir hari ini pada usia 71 tahun.

Ringkasan AI
  • Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Harun Rasheed Othman, meninggal dunia pada usia 71 tahun.
  • Pengurus Besar KOM, Nurhayati Karim, mengesahkan jenazah akan dikebumikan di Kajang hari ini.
  • KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Perkara itu disahkan Pengurus Besar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Nurhayati Karim ketika dihubungi Bernama yang memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kajang hari ini.
"Allahyarham aktif melatih malah saya sendiri pernah berhubung dengan beliau mengenai atlet Selangor di bawah bimbingannya dalam acara lari berganti-ganti dan pecut," katanya.
Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Harun Rasheed, yang juga bekas atlet dan jurulatih olahraga negara yang banyak berjasa kepada arena sukan tanah air.
"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," menurut hantaran itu.
--BERNAMA
#Bekas jurulatih skuad kebangsaan #Kesatuan Olahraga Malaysia #Harun Rasheed Othman #Puspakom
;