Sukan medium yang baik menyatukan rakyat
T K Letchumy Tamboo
Mei 18, 2013 15:19 MYT
Mei 18, 2013 15:19 MYT
Masyarakat biasanya bersatu untuk perkara seperti sukan walaupun mempunyai ideologi politik yang berbeza.
Menyedari perkara ini, Menteri Belia dan Sukan baru Khairy Jamaluddin telah menyeru orang ramai, terutamanya belia untuk mengetepikan perbezaan politik mereka dan menyumbangkan idea untuk kebaikan industri sukan.
“Tidak kiralah apa pegangan politik anda, datang dan berbual dengan saya. Beritahu saya apakah jangkaan anda, apakah idea anda.
“Bagi saya, itulah cara saya mempromosi perpaduan negara. Ini adalah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, bukan Kementerian Belia dan Sukan Barisan National (BN). Jadi, saya menjemput mereka untuk berkongsi idea mereka,” katanya.
Mengulas tentang perkara ini, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Kartini Aboo Talib Khalid bersetuju bahawa sukan adalah medium yang baik untuk menyatukan rakyat.
“Sentimen nationalisme adalah dalam sukan. Ia merentasi semua ideologi dan Khairy menggunakan perkara itu dengan baik.
"Idea-idea ini boleh disalurkan kepada proses perpaduan sosial," katanya kepada Astro Awani.
Kartini juga berkata bahawa seruan Khairy menunjukkan kematangan politik dan keterbukaannya.
Kenyataan Khairy juga adalah selaras dengan strategi perpaduan negara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Untuk maklumat lanjut, klik video.