SukaGuam nasihat anak-anak tidak ke Sweden
Astro Awani
Februari 17, 2014 16:13 MYT
Februari 17, 2014 16:13 MYT
Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat menasihatkan empat anak pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Nor Shal dinasihatkan tidak kembali ke Sweden jika dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan ibu bapa mereka.
Khairul Anwar berkata, pihak pendakwaan Sweden boleh menghantar wakil mereka ke Malaysia untuk mengambil keterangan empat beradik berkenaan jika mahu.
Katanya, pihak Sweden sebelum ini telah merekodkan kenyataan kesemua anak Azizul dan Shalwati namun pihak SukaGuam dijangka mencabar rekod keterangan adik beradik itu kerana mereka dipercayai memberi keterangan dalam keadaan tertekan dan terpedaya.
"Kita akan tunggu juga video tu macam mana keadaan. Kita akan yakinkan mahkamah untuk dapatkan penjelasan terkini anak-anak itu di Malaysia.
"Mereka boleh datang bawa wakil di Malaysia. Jika boleh buat rekod di Sweden dan tidak mustahil mereka boleh rekod di sini juga.
"Saya sudah bertemu anak-anak itu di Sweden dan Malaysia dan saya beri jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa pasangan ini tidak bersalah, mereka juga sudah beri jaminan kepada peguam mereka tidak akan sesekali mengaku bersalah. Tidak ada tanda-tanda anak-anak ini didera, tiada tanda lebam, patah jauh sekali," katanya.